Friday 23 August 2013

Ini kisahku.....

Perjalanan untuk menyusukan anak dengan susu ibu sahaja tidak semudah yang disangkakan. Begitu juga dengan diri saya..dari saat saya mengandungkan danish, saya sudah bertekad untuk menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu.Saya sangkakan ianya adalah semudah ABC, 123, tetapi apa yang berlaku tidak semudah yang diangankan..Apa yang saya lalui mungkin tidak sehebat ibu-ibu yang lain..Dari saat selepas bersalin ksaya dihujani kata-kata yang menyuruh saya memberi susu formula kepada bayi yang baru dilahirkan..Saya benar-benar tak sanggup..Hati saya menjerit tetapi apakan daya kerana ianya datang dari ahli keluarga yang sangat dekat dengan saya..Mujurlah suami memahami dan memberi sokongan..alhamdulillah..Dalam hati kecil berkata, kenapa anak yang kita kandung selama 9 bulan, di dalam rahim kita sendiri harus kita berikan susu lembu?Kenapa??Kenapa??Tidakkah kita terfikir kita seharusnya memberi yang terbaik kepada mereka,sesuatu yang telah Allah anugerahkan hanya kepada kita kaum hawa..Kenapa kita tergamak untuk tidak menyusukan bayi kita hanya kerana ingin menjaga badan, hanya kerana malas bla..bla..bla..bermacam alasan lagilah yang pernah saya dengar..Ya Allah..bukakanlah pintu hati semua ibu-ibu di dunia ini untuk menyusukan bayi mereka hanya dengan susu ibu sahaja..Kisah ini tidak terhenti di situ..Apabila naik kerja selepas abis berpantang,bermulalah perjuanganku untuk sentiasa mengepam susu..Adakalanya datang juga perasaan malas tetapi cepat2 saya buang demi anak yang tersayang..Sehinggalah pada satu masa saya menyedari susu saya seperti makin kurang..Saya benar2 buntu apa yang harus saya buat kerana saya benar2 tidak ada ilmu untuk memperbanyakkan susu badan..Tapi walauapapun yang berlaku saya tidak pernah skip waktu mengepam..alhamdulillah,masih ada semangat disitu hehe..Sehinggalah pada suatu hari saya terjumpa satu website yang menjual produk shaklee (dah lupe website tu)..lantas saya tidak membuang masa....

bersambung... :-)

No comments:

Post a Comment